Thursday, 1 March 2018

ORANG KAYA KEKAL KAYA, ORANG MISKIN TETAP MISKIN

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah pada hari ini masih diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk terus menghirup udara milikNya dan nikmat kesihatan yang baik sekali.

"Betebaranlah kamu diatas muka bumi ini untuk mencari rezeki" ayat ini dipetik dari kitab suci Al-Quran. Carilah kamu makanan yang halal lagi baik. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dengan usaha kaum itu sendiri. Maksudnya disini, kita tidak akan berjaya didalam hidup kita walaupun dibantu oleh orang lain tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dari kita sendiri. Sesuailah topik yang saya ingin bincangkan pada hari ini.

Mengapa orang kaya terus menjadi kaya dan orang miskin kekal miskin? Adakah Allah itu kejam dengan hambaNya? Tidak. Allah tidak sama sekali bersikap kejam dengan hambaNya melainkan hambanya itu sendiri yang kejam tidak mahu berubah diri kearah yang lebih baik.

Setiap hari kita berfikir yang kita nak jadi kaya suatu hari nanti supaya hidup kita lebih indah. Tetapi hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun kehidupan kita tetap di tangkup lama tetap juga miskin. Kenapa ini semua terjadi? Dimanakah silapnya?

Silapnya ada pada diri sendiri. Jika kita hanya nak kaya je tidak cukup hanya sekadar ucapan dihati sahaja. Biasanya orang kita ni akan fikir "aku belum kaya, aku nak jadi kaya".
Ini merupakan antara kesalahan terbesar dalam hidup kita yang kita sendiri tidak sedar.

Bagaimana untuk mengubah kesalahan ini, sebenarnya kita dapat ubah segala persepsi negatif ini dengan mengubah cara kita berfikir. Ini kerana apabila fikiran kita jelas, ini akan menimbulkan aura positif dalam diri kita. Cara yang betul untuk berfikir ialah dengan cakap "aku kaya, kekayaan aku meningkat setiap hari, setiap apa yang aku lakukan adalah untuk menambah kekayaan yang sedia ada". Ini merupakan cara berfikir yang betul.

Selain ubah cara berfikir, saya juga nak kongsikan bagaimana untuk mendapatkan niat yqng padu untuk berjaya. Kita mesti berfikir jika kita jadi kaya, untuk apa kekayaan itu. Kita mesti ada target yang jelas supaya apa yang kita nak dapat kita capai dengan jayanya. Tindakan juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan niat yang padu. Tindakan yang kita lakukan mestilah selari dengan pemikiran kita. Jika kita malas menuntut ilmu, malas bertanya, malas berdoa macamana kejayaan akan datang kepada kita. Jangan pernah fikir satu hari nanti, tapi fikir dah dapat apa yang kita nak.

Itu adalah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya huraikan pada slot ini. InshaAllah lepas ni akan ada banyak lagi motivasi-motivasi dan kata-kata semangat yang saya akan kongikan dengan anda semua diluar sana yang mana mahu mengubah hidup untuk kearah yang lebih baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian semua.

Assalamualaikum.

                                                  "DO FIRST, THINK LATTER"

                                                             KAHAR MUSA



No comments:

Post a Comment