Pagi ini saya nak kongsikan sedikit tentang cara untuk atasi pesaing kita yang mana produk atau service yang mereka lakukan sama dengan apa yang kita JUAL.
Dalam perniagaan ni kita mestilah bersaing dengan cara yang sihat. Jangan la jadi macam sesetengah orang yang sanggup guna cara kotor dan syirik dengan menggunakan bomoh untuk menjatuhkan pesaing-pesaing mereka. Cara ini sangat dilarang dalam ISLAM, ianya seperti kamu tidak percaya dengan rezeki yang ALLAH berikan. Sebagaimana yang kita semua tahu REZEKI, JODOH, AJAL dan MAUT terletak di tangan ALLAH. Siapa kita hambanya untuk melanggar QODOK & QODAR ALLAH ini.
Apa yang perlu kita lakukan dalam perniagaan ini hanyalah perlu terus usaha dan usaha sehingga BERJAYA. Mungkin ilmu kita dalam perniagaan belum cukup POWER, atau mungkin apa yang kita buat selama ini ada kecacatan atau kebocoran dimana-mana. Sebab itu dalam 'BISNES' ni kita hendaklah mempunyai 'SIFU' atau dengan nama lain nya 'MENTOR' supaya apa yang kita buat dapat dinilai dan di periksa oleh mentor kita. Jadi mereka akan 'GUARD' kita supaya apa yang kita buat dapat diterima dan sampai kepada target kita.
Pada hari ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk mengatasi pesaing kita dalam bisnes :
- Jangan buang harga - kerana harga merupakan item yang paling penting dalam perniagaan. Customer akan pergi kepada item yang ada harga dulu sebelum pergi kepada anda yang tak letak harga. Sebab harga adalah penentu kepada customer, mereka akan servey item mengikut bajet mereka, bukan bajet peniaga
- Ada produk jenama sendiri - jangan terlalu taksub promote jenama orang lain. Lebih elok kita promote produk atas nama sendiri. Itu lebih bagus, brandingkan produk jenama sendiri kerana jenama anda akan menentukan pesona anda sendiri.
- Jual cerita anda sendiri - guna testimoni dari pelanggan-pelanggan anda. Sebagai contoh guna cerita customer anda yang pernah menggunakan produk anda.
No comments:
Post a Comment