Assalamualaikum
Bila sebut pasal kaya ni. Semua orang nak kaya, semua orang tidak mahu hidup susah, semua orang nak hidup senang. Sebab apa? Sebab mereka fikir duit boleh beli segalanya. Duit boleh beli pangkat, duit boleh beli kuasa, duit boleh beli kewemahan, duit boleh beli segala-galanya. Sebab itulah kita bekerja siang dan malam semata-mata untuk ubah ekonomi keluarga kita, tak nak keluarga hidup susah, tak nak dipandang rendah oleh masyarakat.
Kadang-kadang bila sudah kaya ni, kita lupa asal usul, kita lupa Allah, kita lupa keluarga kita yang susah, kita lupa nak jenguk ibubapa kat kampung, lupa tanya khabar adik-beradik kerana sibuk mengejar kekayaan dunia.
Kadang-kadang Allah bagi hambanya 'istidraj' untuk melihat dan menguji hambaNYa sejauh manakah tahap keimanan mereka, sejauh mana mereka bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, sejauh mana mereka membelanjakan harta ke jalan Allah. Sama macam yang terjadi kepada firaun dimana kekayaan sangat luar biasa, tetapi malangnya dia tidak beriman kepada Allah. Lihat apa balasan yang Allah bagi diakhir hidup firaun. Mintak dijauhkan oleh Allah dari semua ini.
Kalau nak kaya, niat yang pertama perlu ada dalam hati kita ialah kita nak bantu orang sekeliling kita dahulu. Bantu adik-beradik dulu kerana mereka adalah darah daging kita sendiri. Biar kita tolong keluarga dulu, baru la kita tolong orang lain. Bila tolong family ni orang tak nampak, kalau tolong orang luar nak orang nampak yang kita pemurah. Mintak jauh dari riak yang sebegini. Jika ingin bersedekah, utamakan ahli kelurga yang susah terlebih dahulu kerana barangsiapa yang bersedekah kepada ahli keluarga,dia akan mendapat 2 kebaikan berbanding dengan bersedekah kepada orang luar hanya 1 kebaikan. Niat dalam hati nak bahagiakan mak dan ayah dulu, bahagiakan isteri dan anak-anak dulu, bahagiakan adik-beradik dan saudara mara tedekat terlebih dahulu. Barulah Allah akan buka lagi rezeki kita untuk kita bantu lagi orang lain. Subahanallah sungguh besar ganjaran yang Allah bagi kepada umatnya yang suka menolong orang. Sekali kita bagi dekat orang, 10 Allah akan balas balik.
Jika niat kita betul nak kaya sebab nak bantu orang, IshaAllah kita akan jadi kaya. Percayalah dengan janji Allah. Tapi kunci yang perlu ada untuk kaya ialah bantu ahli keluarga yang terdekat terlebih dahulu. Kemudian bantu orang sekeliling, inshaAllah kekayaan akan datang dengan mudah. Mudah untuk menjemput rezeki.
Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat pembaca sekalian. Cuba anda praktikkan cara ini dan lihat hasilnya nanti. Selamat mencuba untuk jadi kaya.
"DO FIRST, THINK LATER"
KAHAR MUSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ini antara 101 impian yang saya ingin capai dalam hidup. Walaupun ianya seperti mimpi tapi ini semua tidak mustahil untuk kita capai suatu h...
-
INi antara 11 impian yang saya ingin capai didalam hidup saya suatu hari nanti: 1) Ingin menjadi jutawan pada umur 30 tahun 2) In...
-
Assalamualaikum Bila sebut pasal kaya ni. Semua orang nak kaya, semua orang tidak mahu hidup susah, semua orang nak hidup senang. Sebab ap...
No comments:
Post a Comment