Keputusan untuk buat pinjaman peribadi bermula pada tahun 2016 dimana pada ketika ini aku baru berusia 26 tahun. Sebelum aku meneruskan dengan coretan seterusnya eloklah aku memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama aku Kahar Musa dan status sudah berkahwin. Sudah mempunyai seorang anak pada ketika keputusan ini diambil.
Pada tahun 2016 aku terpaksa menahan nafsu untuk memiliki sebuah kereta yang sudah lama aku impikan iaitu Honda Civic. Hasrat ini terpaksa aku tangguhkan terlebih dahulu untuk memberi keutamaan kepada memiliki rumah terlebih dahulu.
Isteri aku merupakan seorang nurse di Hospital Sungai Buloh. Disebabkan beliau tidak ada sebarang pinjaman pendidikan dan pinjaman kereta, jadi loan yang dibuat senang untuk diluluskan. Pada ketika ini isteri aku hanya menggunakan kereta viva aku yang dibeli ketika aku masih menuntut di Universiti Malaysia Pahang dahulu. Disebabkan aku hanya menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja, jadi kami tiada masalah berkenaan kenderaan untuk pergi ke tempat kerja.
Aku masih ingat pada masa ini, kawan-kawan isteriku memerlinya, kenapa masih menaiki kereta viva sedangkan kami mampu untuk membeli kereta mewah memandangkan aku bekerja sebagai seorang Engineer pada ketika ini. Tetapi aku respect isteri aku kerana dia sedikit pun tidak melatah tetapi hanya tersenyum dan menjawab cukuplah kereta viva janji dapat bergerak untuk ke tempat kerja.
Ditakdirkan oleh Allah S.W.T aku berhenti kerja pada 1 Mac 2017 disebabkan beberapa perkara yang aku tidak puas hati dengan majikan ditempat kerja. Mungkin pada masa ini darah muda, tidak berfikir panjang untuk berhenti kerja. Aku berhasrat untuk mencari kerja yang menawarkan gaji yang kebih tinggi berbanding ditempat kerja lama. Tapi tanggapan aku salah, walaupun aku sudah mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang aku, tetapi masih tidak memenuhi kehendak company yang aku datang untuk ditemuduga. Sudah banyak syarikat yang aku temui untuk temuduga tetapi semuannya sia-sia tiada sebarang khabar. Pada masa ini mula hadir penyesalan dalam diri aku "kenapa la aku berhenti kerja, kalau tahu susah macamni nak dapat kerja, tidak mungkin aku behenti kerja yang dahulu" getus hati aku sendirian. Tetapi aku jenis yang tidak suka "sudah ludah, jilat balik". Ramai kawan-kawan tempat kerja dahulu mempelawa aku bekerja balik di syarikat itu, tapi aku tidak mahu. Aku lebih rela bekerja ditempat lain dari masuk kembali ke syarikat lama tempat aku bekerja. Tetapi ada la 2 job aku buat dengan syarikat tempat aku kerja lama, tetapi bukan bekerja dibawah syarikat tu balik tetapi hanya sebagai subcon. Dimana projek ini aku join dengan seorang kawan aku yang dulu pernah bekerja didalam syarikat ini. Jadi kami join venture dan bergerak secara solo. Disebabkan projek yang kedua kami mula menaikan harga servis kami kerana projek kedua lebih banyak kerja berbanding projek pertama, jadi mereka tidak bersetuju dengan harga baru dan aku pun tidak mahu meneruskan projek itu lagi. Jadi aku mengambil keputusan untuk terminate kontrak dan mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa aku.
Hampir setahun aku langsung tidak menemukan sebarang kerja yang aku nak. Dalam masa setahun ni, macam-macam pekerjaan yang aku buat untuk menampung komitmen yang aku buat semasa bekerja dahulu. Dalam masa 6 bulan aku tidak bekerja, duit simpanan aku semasa bekerja dulu habis digunakan hampir RM10, 000 untuk meneruskan hidup. Betul kata orang bijak pandai, kita mesti ada backup plan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji didalam simpanan. Bermacam-macam perniagaan yang aku buat untuk meneruskan hidup, antaranya jual beli motosikal terpakai. Modal untuk bisnes ini agak besar yang mana dengan RM10, 000 itu aku hanya dapat membeli 5 biji motor sahaja pada satu-satu masa. Keuntungan untuk sebiji motor hanya RM500 sahaja. Jadi untuk meneruskan hidup, aku terpaksa mencari 5 biji motor dan 5 orang pembeli pada setiap bulan. Baru aku dapat meneruskan pembayaran komitmen aku untuk setiap bulan. Tetapi aku tidak dapat meneruskan bisnes ini disebabkan terlalu banyak broker yang menjalankan kerja seperti yang aku buat. Aku kena bertindak lebih cepat dan pantas daripada mereka jika aku ingin motor yang hanganya lebih murah daripada pasaran semasa. Kebanyakan motor yang aku dapat adalah motor yang perlu dibaiki terlebih dahulu sebelum dijual. Ini membuatkan aku terpaksa mengeluarkan modal pula untuk membaiki motor tersebut di bengkel memandangkan aku bukan seorang yang pandai membaiki bahagian engin motosikal. Ini membuatkan keuntungan untuk sebiji motor itu akan berkurang. Jika jual terlalu mahal bimbang nanti tiada pembeli, sampai bila mahu menunggu sedangkan target bulanan harus dicapai. Jadi aku terpaksa menjual dengan harga yang sesuai mengikut pasaran jika mahu motosikal aku terjual.
Selain dari menjual motosikal terpakai, aku juga menjual mini water filter yang boleh terus dipasang pada kepala paip dan juga mini aircond yang kecik khas untuk baby. Untung untuk bisnes ini terlalu kecik. Stok ini aku akan ambil jika stok aku dirumah habis. Hampir 9 bulan aku membuat bisnes ini, hari demi hari simpanan dan modal semakin susut. Aku terpaksa juga bekerja untuk menampung pelbagai komitmen yang aku perlu bayar. Banyak juga temuduga yang aku hadiri sepanjang mengangur ni, namum semuanya hampa. Sehinggalah pada suatu hari,aku ternampak ada 1 iklan jawatan kosong sebagai sales executive disebuah syarikat konsultasi dalam majlis perkahwinan. Aku mula menelefon dan bertanya tentang jawatan ini, walaupun aku tiada langsung asas dan pengalaman dalam wedding planner. Tetapi kerana terpaksa, aku ikutkan apa sahaja jalan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kebaikan aku dan keluarga kecik aku. Sampai bila aku ingin menjadi pegangur. Semasa ditemuduga aku sudah menghidu bahawa aku layak untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat tersebut memandangkan aku memenuhi ciri-ciri yang mereka inginkan. Selang beberapa minggu aku diberitahu untuk datang melapor diri di syarikat tersebut. Alhamdulillah tiada apa yang aku ingin ucapkan selain daripada rasa syukur kerana sudah mendapat kerja setelah hampir 9 bulan mengangur.
Hari pertama bekerja sebagai sales executive atau dengan nama lainnya wedding planner. Aku diberikan taklimat berkaitan dengan kerja yang aku buat sekarang. Anda semua jangan terkejut dengan gaji yang ditawarkan, hanya RM800 sahaja basic. Dalam hati yang berkecamuk aku cuba tenangkan hati dan fikiran. Kenapa aku terima kerja ini sedangkan aku boleh dapat kerja dan gaji yang jauh kebih baik dari sekarang dengan ijazah dan pengalaman yang aku ada. Seperti yang aku ceritakan diatas sebentar tadi, hasrat aku berhenti kerja dengan syarikat dulu adalah untuk mencari pendapatan dan masa depan yang lebih baik. Aku terima juga kerja ini disebabkan kerana terpaksa dan kerana memikirkan masa depan keluarga aku.
Hari demi hari aku mula belajar banyak benda di dalam syarikat ini berkaitan bisnes. Setiap hari aku dihidangkan dengan motivasi berkaitan hidup dan impian yang ingin dicapai pada masa hadapan yang disampaikan sendiri oleh owner syarikat tersebut iaitu boss aku. Hari pertama masuk bekerja aku diminta untuk menulis 10 impian yang ingin dicapai dalam masa terdekat. Bermula daripada sini aku mula nampak dan mulai jelas apa impian aku sebenarnya, antara impian aku yang aku rasa dekat dengan aku sekarang ialah mempunyai rumah sendiri tanpa hutang, income bulanan RM100, 000 sebulan dan mempunyai butik sendiri. Impian ini aku ada tulis diblog aku, iaitu pos pertama blog aku. Selepas menulis impian itu diatas sekeping kertas yang besar kemudian ditampal didinding pejabat tempat aku bekerja. Setiap hari aku mesti melihat impian-impian tersebut, dan dari situ aku bertekad untuk menunaikan impian aku satu persatu. Tidak habis disitu, aku kemudiannya diminta menulis seratus satu impian yang perlu diserahkan kepada bos untuk dibaca. Disinilah aku mula berfikir dengan lebih rasional tentang masa depan aku dan apa sebenarnya perangkaan kita pada masa akan datang. Sebelum ini aku hanya leka dengan satu atau dua impian yang ingin dicapai seperti mempunyai kereta dan rumah yang mewah disamping gaji yang lumayan, tapi itu hanya baru 3 impian. Macamana dengan 101,anda boleh bayangkan? 101 impian aku juga boleh dibaca didalam blog aku yang ada di permulaan aku berjinak menjadi blogger ini. Aku juga diajar sedikit tentang ilmu pensyarikatan bermula dari membuat nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , membuka akaun syarikat, dan apa yang kita dapat buat dengan semua ini selepas 2 tahun kita menjalankan perniagaan termasuk loan syarikat untuk besarkan syarikat.
Aku yang memang dari dulu sangat berminat dengan perniagaan tidak menunggu lama untuk membuka nama syarikat sendiri iaitu D ADRENALINE SOLUTIONS (DAS) dan terus membuka akaun company bebarapa bulan kemudian. Kenapa aku memilih nama company seperti ini? Kisahnya akan ku ceritakan pada coretan yang berikutnya. Aku mula memulakan perniagaan iaitu "pakej aiskepal viral yang mana pada ketika itu masih kurang pesaingnya. Jadi agak mudah aku menjualnya. Alhamdulillah hari berganti hari, bulan berganti bulan, perniagaan pakej aiskepal milo viral aku semakin rancak dan mendapat sambutan dari seluruh rakyat malaysia yang ingin memulakan bisnes dengan modal kecil. Produk kqmi sekarang sudah berada diseluruh negara termasuk sabah & sarawak dan sudah mempunyai lebih dari 80 cawangan diseluruh malaysia dan terus bertambah. Jika ingin melihat & melawat page facebook kami boleh membuat carian seperti berikut "Mesin Milo Ais Kepal Viral" . Atau boleh terus menekan link ini (https://www.facebook.com/DASkepa/) .
Selain dari bisnes pakej aiskepal, aku juga mula berjinak-jinak dalam menjual pakaian eksklusif untuk lelaki seperti Suit/Coat/Blazer dimana permintaannya sangat tinggi dan sangat sesuai untuk setiap peringkat umur. Alhamdulillah bisnes ini pun sudah semakin maju dan dikenali diseluruh Malaysia dengan branding sendiri iaitu " K&H COLLECTION " yang kini sudah mempunyai kedai di kampung melayu Sungai Buloh, Selangor. InshaAllah selepas ini akan membuka banyak lagi cawangan disetiap negeri. Atau anda boleh terus ke page facebook kami di alamat seperti berikut (https://www.facebook.com/HQKnH/). Alhamdulillah antara 10 impian aku yang sudah tercapai.
Selain dari bisnes ini, aku juga mula berjinak - jinak dalam Property. Aku menubuhkan satu nama yang di beri nama DAS PROPERTY iaitu merupakan anak syarikat dibawah DAS. Projek ini pada mulanya hanya berfokuskan kepada membuat rumah diatas tanah sendiri dimana setiap pelanggan kami akan memilih dan mereka bentuk sendiri keluasan rumah dan reka bentuk rumah yang diinginkan. Tetapi dengan peredaran masa dan demi menambahbaikan mutu dan jenama syarikat kami, kami mengambil keputusan untuk membuat rumah diatas tanah lot rizab orang Melayu disekitar kawasan negeri Selangor. Dimana rumah dan tanah ini akan menjadi milik sepenuhnya client kami. Ini sebagai nilai tambah kepada perkembangan dan perolehan syarikat kami. Seperti mana yang sedia maklum, kebanyakan rakyat Malaysia lebih selesa tinggal dan menetap dikawasan bandar dan sebolehnya mahu mencari rumah teres. Jadi konsep yang kami tawarkan agak sesuai untuk mereka yang inginkan rumah impian. Dengan keluasan " 70 x 50 " rumah yang dibina sudah selesa dan sesuai untuk dijadikan rumah impian. InshaAllah selepas ini projek ini akan ada disetiap negeri di seluruh Malaysia.
Terima kasih ya Allah diatas rezeki yang melimpah ruah dan peluang yang Engkau berikan untuk aku sampai ke tahap ini. Ingat Allah tidak akan menguji nasib hambaNya melainkan hambaNya mampu untuk melalui ujian tersebut. Disebalik kesusahan dan ujian yang diterima pasti akan ada kebaikan dan rahmat yang kita semua tidak ketahui. Jika aku tidak berhenti kerja ditempat lama dan sudah selesa dengan kerja lama, mana mungkin aku akan sampai ke tahap sekarang. Jika aku berputus asa semasa aku menganggur belum pasti aku disini. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang engkau berikan ini. Syukur kehadrat Allah yang maha Esa diatas kurnianNya.
Rajah: rumah pertama pada usia 28 tahun. Masa ni sudah ada penyewa.
No comments:
Post a Comment