Tuesday, 17 April 2018

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua

      Pada pagi ini, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk berjaya dalam hidup. Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan anda semua "INSPIRASI" untuk terus maju kehadapan.

========D ADRENALINE SOLUTIONS=======

      Pertama sekali, untuk berjaya anda mesti ada matlamat hidup. Matlamat hidup ini mestilah jelas kerana ia akan menentukan dimana letaknya percapaian anda pada 10 atau 20 tahun akan datang. Jika matlamat anda tidak jelas, jangan bermimpi untuk berjaya dengan hanya menunggu dan berharap kepada keajaiban semata-mata. Tidak dinafikan ada manusia terpilih yang mendapat kekayaan atau kejayaan dalam sekelip mata dengan izin dari Allah. Orang yang tiada matlamat hidup ibarat orang yang berjalan tanpa arah tuju, tidak tahu kemana mereka mahu pergi dan untuk apa mereka berjalan. Jelaskan disini apa maksud yang saya ingin sampaikan.

========D ADRENALINE SOLUTIONS=======

      Seterusnya untuk berjaya anda mestilah mempunyai usaha yang padu. Fungsi usaha ini adalah untuk merealisasikan impian anda yang telah anda bina sebelum ini. Dengan hanya berusaha anda akan dapat apa yang anda impikan dalam hidup anda pada masa akan datang. Sebagai contoh jika anda berniat untuk makan, tetapi anda tiada usaha untuk menyuapkan makanan masuk kedalam mulut anda sedangkan makanan sudah berada dihadapan anda. Adakah anda akan kenyang? Tepuk dada, tanyalah akal yang diberikan oleh Allah kepada setiap manusia yang waras itu.

========D ADRENALINE SOLUTIONS=======

      Perkara ketiga yang perlu ada dalam diri setiap manusia yang ingin berjaya adalah tidak berputus asa. Jika anda sudah mempunyai impian dan usaha tetapi anda masih juga gagal, anda jangan sesekali cepat berputus asa. Teruskan bangkit dan melangkah kehadapan tanpa ada rasa penyesalan atas apa yang telah berlaku. Orang yang berjaya apabila dia lakukan sesuatu perkara, dia akan habiskan biarpun apa jua bentuk rintangan dan cabaran yang datang. Tiada kemanisan dalam sesebuah kejayaan tanpa cabaran dan rintangan, kerana dari pengalaman itulah anda akan merasai nikmat sebuah kejayaan.

========D ADRENALINE SOLUTIONS=======

Sekadar ini dahulu perkongsian yang saya ingin kongsikan dengan anda semua diluar sana. Supaya perkongsian ini memberi anda sedikit sebanyak manfaat yang anda boleh gunakan dalam kehidupan seharian anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

InshaAllah sampai bertemu lagi dilain post saya. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri. Jika post ini dapat memberi anda sesuatu, maka share untuk orang diluar sana supaya orang lain juga dapat apa yang anda dapat.

Sekian wasalam.

Ikhlas dari,

D ADRENALINE SOLUTIONS (DAS)

"DO FIRST, THINK LATER"


No comments:

Post a Comment