Assalamualaikum & selamat sejahtera semua
Pada pagi ini, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk berjaya dalam hidup. Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan anda semua "INSPIRASI" untuk terus maju kehadapan.
========D ADRENALINE SOLUTIONS=======
Pertama sekali, untuk berjaya anda mesti ada matlamat hidup. Matlamat hidup ini mestilah jelas kerana ia akan menentukan dimana letaknya percapaian anda pada 10 atau 20 tahun akan datang. Jika matlamat anda tidak jelas, jangan bermimpi untuk berjaya dengan hanya menunggu dan berharap kepada keajaiban semata-mata. Tidak dinafikan ada manusia terpilih yang mendapat kekayaan atau kejayaan dalam sekelip mata dengan izin dari Allah. Orang yang tiada matlamat hidup ibarat orang yang berjalan tanpa arah tuju, tidak tahu kemana mereka mahu pergi dan untuk apa mereka berjalan. Jelaskan disini apa maksud yang saya ingin sampaikan.
========D ADRENALINE SOLUTIONS=======
Seterusnya untuk berjaya anda mestilah mempunyai usaha yang padu. Fungsi usaha ini adalah untuk merealisasikan impian anda yang telah anda bina sebelum ini. Dengan hanya berusaha anda akan dapat apa yang anda impikan dalam hidup anda pada masa akan datang. Sebagai contoh jika anda berniat untuk makan, tetapi anda tiada usaha untuk menyuapkan makanan masuk kedalam mulut anda sedangkan makanan sudah berada dihadapan anda. Adakah anda akan kenyang? Tepuk dada, tanyalah akal yang diberikan oleh Allah kepada setiap manusia yang waras itu.
========D ADRENALINE SOLUTIONS=======
Perkara ketiga yang perlu ada dalam diri setiap manusia yang ingin berjaya adalah tidak berputus asa. Jika anda sudah mempunyai impian dan usaha tetapi anda masih juga gagal, anda jangan sesekali cepat berputus asa. Teruskan bangkit dan melangkah kehadapan tanpa ada rasa penyesalan atas apa yang telah berlaku. Orang yang berjaya apabila dia lakukan sesuatu perkara, dia akan habiskan biarpun apa jua bentuk rintangan dan cabaran yang datang. Tiada kemanisan dalam sesebuah kejayaan tanpa cabaran dan rintangan, kerana dari pengalaman itulah anda akan merasai nikmat sebuah kejayaan.
========D ADRENALINE SOLUTIONS=======
Sekadar ini dahulu perkongsian yang saya ingin kongsikan dengan anda semua diluar sana. Supaya perkongsian ini memberi anda sedikit sebanyak manfaat yang anda boleh gunakan dalam kehidupan seharian anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.
InshaAllah sampai bertemu lagi dilain post saya. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri. Jika post ini dapat memberi anda sesuatu, maka share untuk orang diluar sana supaya orang lain juga dapat apa yang anda dapat.
Sekian wasalam.
Ikhlas dari,
D ADRENALINE SOLUTIONS (DAS)
"DO FIRST, THINK LATER"
Tuesday, 17 April 2018
Saturday, 14 April 2018
CERITA PENCARIAN CEO BARU SYARIKAT
Ada seorang CEO yg hampir bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yg terbaik.
Untuk itu dia memanggil seluruh eksekutif2nya, memberikan masing2 sebiji benih kpd setiap seorang dan berkata :
" Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yg saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yg tumbuh dari benih ini.."
" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."
Salah seorang eksekutif, bernama Ahmad yg juga mendapat benih tersebut, terus pulang ke rumah dan menanam benih tanaman itu. Setiap hari benih itu dia siram dengan air dan diberinya baja.
Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yg tumbuh dari benih yg diberikan kpd mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yg tanamannya tidak tumbuh sama sekali.
Ahmad merasa gagal dan susah hati.
Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO memperlihatkan hasil benih tersebut.
Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pot yg kosong, Namun isterinya mendorong untuk tetap membawa pot kosong tersebut utk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.
" Bawa ja bang, walaupun abang gagal utk menumbuhkan benih tu, paling tidak abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha semampu mungkin menjaganya sesuai dengan permintaan bos abang...", demikian kata isterinya.
"Baiklah sayang..", jawab Ahmad dgn hati yg berat kerana tdk dapat menunaikan permintaan CEOnya.
Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pot kosong. Semua mata memandangnya kasihan.
Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih2 yg diberinya dulu, hingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yg tertunduk malu.
CEO tersebut meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yg mati.
Ketika Ahmad selesai bercerita, CEO berkata,
"Beri tepukan untuk Ahmad, CEO kita yg baru..!"
Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.
CEO itu kemudian berkata,"Semua benih yg saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong pada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yg paling layak menyandang jawatan tertinggi ini..!"
#Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan.
Jangan pernah takut berlaku JUJUR!
Via D Adrenaline Solutions (DAS)

Tuesday, 3 April 2018
KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH
KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURÀN DAN SUNNAH :
1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji.
(Surah an-Nuur: 24/31)
2. Tidak bergaul bebas dgn kaum laki² bukan mahram, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan.
(HR. Bukhari)
3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja.
(Surah al-Qasas: 28/25)
4. Senantiasa bercakap dgn nada suara tidak dimanja²kan dan tidak dilembut²kan.
(Surah al-Ahzab: 33/32)
5. Menjauh gaya tabarruj, penggayaan diri yg mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kpd dirinya.
(Surah al-Ahzab: 33/33)
6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(Surah al-Ahzab: 33/59)
7. Senantiasa bersih dan berbau segar. Tidak memakai parfum
(HR. Bukhari)
8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tato, mencukur alis, dan sebagainya.
Surah an-Nisaá : 4/19
(Hadith Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmidhi)
9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HR. Ibnu Abbas)
*Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara:*
1) tangan adalah aurat.
2 ) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jd wajib melabuhkan tudung mrk drpd dada.
*Perempuan selalu alpa dua perkara:*
1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.
*Dan perempuan leka ttg dua perkara:*
1) aurat mrk adalah maruah mrk.
2) kecantikan bukan pd muka, tp pd hati.
*Dan Perempuan seringkali lupa bhw menutup aurat adalah UNDANG² ALLAH, bukan manusia.*
*"Perempuan"*
Dia tengah tidur, tp Malaikat tulis dosa dia.
Dia tengah solat, tp Malaikat tulis juga dosa dia.
Dia makan, belajar, mandi, tp Malaikat tetap juga catit dosa dia.
Dia tak buat apa² pun Malaikat tetap catit dosa dia.
Ehh.... apa salah dia?
Ohh, rupa2 nya byk mata sedang melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial.
Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya...
Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.
Semoga bermanfaat.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ini antara 101 impian yang saya ingin capai dalam hidup. Walaupun ianya seperti mimpi tapi ini semua tidak mustahil untuk kita capai suatu h...
-
INi antara 11 impian yang saya ingin capai didalam hidup saya suatu hari nanti: 1) Ingin menjadi jutawan pada umur 30 tahun 2) In...
-
Assalamualaikum Bila sebut pasal kaya ni. Semua orang nak kaya, semua orang tidak mahu hidup susah, semua orang nak hidup senang. Sebab ap...