Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan tentang jatuh bangun sesebuah company.
Mengikut kajian sebuah company hanya mampu bertahan selama 6 hingga 7 tahun sahaja. Jika dalam tempoh ini anda gagal merancang kewangan keluar masuk company anda, anda sebenarnya sedang merancang untuk kemusnahan atau kejatuhan empayar perniagaan anda sendiri.
Rata-rata pemilik syarikat yang mengalami kejatuhan adalah disebabkan kurangnya ilmu tentang cara menguruskan duit atau profit company. Sepatutnya keuntungan yang di kita dapat dari company sepatutnya diasingkan dan tidak boleh diusik langsung. Duit itu hanya boleh digunakan untuk rolling bisnes sahaja.
Apa yang akan terjadi jika duit rolling bisnes dugunakan untuk keperluan atau kepentingan diri sendiri? Bisnes anda tidak akan dapat bertahan lama. Bermulalah berlaku kebocoran pada profit company anda. Duit yang sepatutnya digunakan untuk rolling bisnes terpaksa digunakan untuk menampung kebocoran dan ketirisan yang kita sendiri lakukan.
Kesan akibat daripada situasi ini, company anda akan mula dilanda masalah duit tidak cukup. Ini akan mengakibatkan anda terpaksa meminjam loan dengan bank untuk meneruskan bisnes anda. Ini secara tidak langsung akan menjerumuskan company anda didalam bebanan hutang yang berpanjangan. Sehingga apabila bisnes anda sudah tidak semaju dulu, mengikut kepada peredaran trend dan bisnes anda semakin suram, anda akan mula rasa bisnes anda sudah tidak dapat memberikan pulangan lumayan. Akibatnya hutang bank anda terpaksa bayar, gaji pekerja, sewa rumah, ansuran kereta, sewa kedai dan banyak lagi komitment yang anda akan tanggung disebabkan nafsu anda sendiri dimana ketika anda senang, anda beli semuanya, beli rumah bangalow mahal, kereta mahal, semua guna barang-barang yang branded semata-mata ingin masyarakat memandang bisnes anda adalah bisnes yang berjaya. Pendapatan anda boleh mencecah 6 ke 7 angka sebulan. Anda sudah mula lupa diri, nak beli semua benda yang sebelum ini anda tak pernah dapat. Padahal anda lupa yang duit itu sebenarnya adalah duit untuk rolling company anda. Duit itu bukan duit anda, tak salah nak reward diri tapi jangan terlalu keterlaluan. Sebab itu pentingnya pengurusan kewangan yang sistematik dan teratur.
Start kawal kewangan anda dari mula anda berbisnes lagi. Kawal nafsu anda untuk membeli terlebih dahulu. Utamakan kestabilan company anda terlebih dahulu. Fokus kepada 1 company terlebih dahulu, jangan dah rasa bisnes berjaya terus nak buka cawangan lain. JANGAN!!! NANTI DULU!!! TAHAN DULU!!!
INGAT jangan ikut nafsu sangat. Biar susun dahulu strategi dan pencaturan untuk buka cawangan baru. Pastikan strategi anda power terlebih dahulu sebelum buka cawangan baru.
InshaAllah sesiapa yang dapat melepasi tahap "falling down phase" ini bisnes anda akan terus membangun dan maju kehadapan. Sekadar itu sahaja coretan saya untuk anda-anda diluar sana yang mahukan bisnes anda bertahan untuk 10 ke 20 tahun kehadapan. Ingat orang yang berjaya, dia akan habiskan apa yang dia mulakan bukan berhenti apabila jatuh.
"DO FIRST, THINK LATER"
KAHAR MUSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ini antara 101 impian yang saya ingin capai dalam hidup. Walaupun ianya seperti mimpi tapi ini semua tidak mustahil untuk kita capai suatu h...
-
INi antara 11 impian yang saya ingin capai didalam hidup saya suatu hari nanti: 1) Ingin menjadi jutawan pada umur 30 tahun 2) In...
-
Assalamualaikum Bila sebut pasal kaya ni. Semua orang nak kaya, semua orang tidak mahu hidup susah, semua orang nak hidup senang. Sebab ap...
No comments:
Post a Comment