Sunday, 27 September 2020
Tuesday, 22 September 2020
Friday, 18 September 2020
Tuesday, 8 September 2020
ALHAMDULILLAH BULAN 8 TAHUN 2020 DAPAT BELI RUMAH KE-3
REZEKI RAHSIA ALLAH
Siapa sangka pada bulan 8 tahun 2020 merupakan tarikh dimana kami mendapat kunci rumah yang ke-3 dalam fasa kehidupan aku dan keluarga kecilku. Sepatutnya aku mendapat kunci lebih awal dari tarikh ini, tapi disebabkan pada bulan 3 tahun 2020, Malaysia diserang wabak penyakit CORONA VIRUS yang menyerang seluruh dunia pada ketika itu. Virus yang berasal dari China tersebut merebak dengan cepat ke seluruh pelusuk dunia disebabkan bawaan dari pelancong2 yang ke China pada cuti Raya China tahun ini. VIRUS ini boleh merebak dengan hanyaan dengan sentuhan. Jadi MALAYSIA terpaksa mengumumkan "LOCKDOWN" di seluruh Negara dimana semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah kecuali hanya seorang sahaja dari setiap keluarga jika ada hal penting.
Jadi urusan berkaitan rumah dan segala jenis pekerjaan tidak dibenarkan beroperasi,itulah sebabnya urusan rumah aku lambat dan memakan masa yang lama untuk selesai. Tapi sekarang aku dan family tinggal dirumah ke-3 ni, walaupun apartment tapi berbaloi kerana sebelunangm ni wife aku bekerja di Hospital Sungai Buloh jadi kami sekeluarga terpaksa menyewa di Sungai Buloh kerana rumah yang kami buat agak jauh dari tempat kerja isteri. Sebelum ni menyewa bayaran setiap bulan RM600, Alhamdulillah dah hampir 5 tahun menyewa,sekarang sudah tiba masanya aku membayar sewa untuk rumah sendiri. Kenapa aku happy duduk apartment walaupun orang cakap kenapa kau downgrade diri kau dari dah selesa duduk rumah landed nak duduk rumah tinggi pulak? Jawapan aku senang sahaja iaitu kerana sekarang aku bayar untuk rumah sendiri dan selama mana pun yang aku bayar nanti akan jadi milik aku. Kalau aku nak cari rumah ke-4 ke lepas ni,rumah ni boleh disewakan kerana permintaan sewa dikawasan yang aku beli ni boleh dapat positif cashflow. Silap2 orang lain tolong bayarkan rumah aku pastu dapat pulak duit lebih bulan2. Tak ke seronok macam tu? Jika berminat nak cari rumah untuk pelaburan ataupun untuk duduk sendiri terutama rumah pertama bolehlah contact saya di talian (0179262966-KAHAR MUSA) merupakan perunding hartanah yang berdaftar dengan LPPEH dibawah agensi IW PROPERTIES.
Jadi saya ingin menasihati anda yang diluar sana,jangan takut untuk menyimpan impian memiliki rumah sendiri pada usia muda. Kerana pelaburan dalam bidang hartanah ini tidak akan rugi. Disamping untuk kegunaan anak pada masa hadapan,sekurangnya jika berlaku apa2 pada pasangan kita, adalah tempat berteduh untuk anak2 nanti. Untuk gambar rumah ke-3 ni belom siap renovation & decoration lagi spenuhnya hanya DIY sendiri. Tak ada nak panggil2 interior designer bagai. Nak tengok hasilnya boleh ke You Tube Channel saya (Kahar Musa)
Monday, 7 September 2020
-
Ini antara 101 impian yang saya ingin capai dalam hidup. Walaupun ianya seperti mimpi tapi ini semua tidak mustahil untuk kita capai suatu h...
-
INi antara 11 impian yang saya ingin capai didalam hidup saya suatu hari nanti: 1) Ingin menjadi jutawan pada umur 30 tahun 2) In...
-
Assalamualaikum Bila sebut pasal kaya ni. Semua orang nak kaya, semua orang tidak mahu hidup susah, semua orang nak hidup senang. Sebab ap...